Assalamualaikum..
(Mungkin agak terlambat krana hari bapa sudah lepas..tapi ingin saya ceritakan juga sebab bagi saya setiap hari,hari bapa)
"Ibu ayah,Alhamdulillah,saya lulus peperiksaan final.Saya dapat menyambung pelajaran ke universiti!"
Ibu tersenyum gembira lalu menitiskan air mata bahagia buat anaknya itu.Ayah hanya diam dengan riak yang selamba.
****************
Tatkala di saat berpisah ,kita perlu meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama atau perantauan.Hanya ibu yang berbicara memberi pesanan..Ayah hanya bersuara bila perlu.
Wajah ibu sudah mendung.namun ayah masih begitu begitu juga.
Selepas bersalaman,ibu masih menangis sambil melambai lambai kearah kita tetapi ayah terus beralih bergerak ke dalam kereta.Riaknya seperti tidak tergores dengan perpisahan ini.
Namun,setelah berminggu minggu rahsia ayah terbocor apabila ibu menceritakan bahawa ayahlah yang paling kerap menjenguk bilik tidur kita.Ayah mula menyebut makanan kegemaran kita dan mula berkira-kira utuk melawat kita.
Itulah ayah,baba,papa,abah..
Mereka kaku untuk menuturkan bahasa kasih..
Mereka bukan berbicara melalui perkataan mahupun lisan tetapi mereka berbicara melalui 'tanggungjawab'
Ketika semua orang sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kita,ayah tetap berdiri teguh memberi sokongan dan dorongan.
Dialah jeneral yang berpesan kepada kita perwiranya: "kamu hanya kalah dalam satu pertempuran anakku,bukannya satu peperangan!"
SELAMAT HARI BAPA..

No comments:
Post a Comment