Sunday, 19 October 2014

Tanpa Allah,,kosong!.

Pernahkah kau rasai ketenangan??
Apa kau tahu apa itu nikmat??

Pernahkah kau rasai keperitan??
Apa kau tahu apa itu derita??

Ramai orang fikir,, kaya harta dapat membuatkn jiwa mnjadi tenang.
Ramai orang fikir ,,miskin harta buat diri menjadi derita.

Tapi kita tidak tahu kdg2 orang yg tidur di dalam pondok buruk,tidurnya lebih lena dari orang yang tidur dlm rumah banglo.
Tapi kita tidak tahu,,orang miskin yang makan nasi dengan air garam,perutnya lebih kenyang dari orang kaya yang makan chicken chop kat restoran 5 bintang.
Kata hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.

Setiap hari kita punya rezeki kita sendiri yg telah Allah aturkan.
Manusia menjadi tamak! Inginkan sesuatu yg lebih..Disebabkn sikap segelintir manusia yang kurang bersyukur.Yang kaya terus menjadi kaya,yang miskin akan menjadi semakin miskin.Ingatlah,,dalam rezeki yang kita peroleh ada bahagian untuk orang lain.


 Hadis Rasulullah melalui riwayat imam Muslim

Allah telah mengambil seorang hamba yang hidupnya sangat terseksa.Penderitaan yg dihadapinya sangat hebat. Lalu dimasukkan ia ke dalam syurga dalam sekelip mata.Apabila dikeluarkn,,,Allah brtanya 'apakah peristiwa yang pernah membuatkanmu derita?' Hamba itu menjawab: 'Aku x pernah merasai apa2 derita seumur hidupku'.
Subhanallah,lihatlah nikmat syurga buatkan kita lupa cerita derita.

Allah telah mengambil seorang hamba yang kaya raya.Hidupnya dilimpahi dengan nikmat yang begitu banyak. Lalu dicelupkan ia ke dalam neraka dalam sekelip mata. Dan Allah bertanya,'apakah nikmat yang pernah engkau rasakan?' Hamba itu menjawab: 'Aku tidak pernah merasai kenikmatan hidup'
Lihatlah,hanya dngan sekelip mata  kita boleh lupa kisah nikmat dalam hidup.

Kita sering ingin bersyukur apabila memperoleh sesuatu yg baru. Tapi kita lupa utk bersyukur atas nikmat yang sedia ada.
Manusia terlalu taksub dengan kehidupan dunia,sehingga lupa bahawa kita punya satu lagi kehidupan,kehidupan akhirat.
Sambil kita mengejar dunia,jangan lupa utk mrngejar akhirat.
Tanpa Allah,,hidup mcm kosong,,kosong,,kosong!!!

Hidup di dunia yang penuh tipu daya.
Buatkan diri rasa kecewa.
Rasa derita yang bisa menyesakkan dada.
Jangan risau,,,
Ia hanya sementara,tidak kekal selamanya.
Oleh itu katakanlah pada diri..
LA TAHZAN INNALLAHAMAANA :)




Sunday, 24 August 2014

Siapa berusaha,dia BERJAYA!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin saya ceritakan satu kisah..ya satu je punn..
Actually it's a real story..Let me tell ya!

Dalam sebuah kampung di Kelantan,terdapat sebuah keluarga yang terdiri drpd sorang ibu dan 3 orang anak lelaki..anak pertama bernama Ibrahim.Yang kedua pula Yahya dan yang ketiga pula Yaakob.hidup mereka daif sekali.

Ibu mereka membahagikan tugas:
ibrahim:kau pergi ke sekolah
yahya:kau pergi cari duit,selagi x dapat duit.jgn pulang ke rumah
yaakob:kau jgn buat ap,duduk bersama ibu di rumah.

Antara mereka bertiga,saya fikir yahya lah paling kesian skali sebab dia dikerah utk mncari duit utk keluarga.dia juga punya keinginan untuk bersekolah.Sebelum ke sekolah,mulalah dia menjual kuih atau nasi lemak.Tetapi nasib tidak begitu bail, yahya terpaksa berhenti sekolah kerana tiada wang.Tidak lama selepas itu ibu mereka meninggal dunia.

Mereka bertiga meningkat dewasa tanpa ibu dan ayah di sisi dan berpindah ke Kedah.Masing2 bekerja mencari wang..Pengalaman Yahya sejak kecil yang telah diajar untuk mencari wang memudahkannya untuk berfikir strategi mencari wang..

Selepas berkahwin,rezeki buat yahya semakin melimpah.Isterinya lah yang banyk mmberi sokongan dan dorongan supaya terus berusaha.Bermula dengan menjual kain pelikat dari rumah ke rumah.Seterusnya membuka kedai runcit.Kemudian beralih pula kepada penubuhan syarikat bernas.Akhir sekali,beliau bekerja sebagai Imam Masjid.Alhamdulillah.At last he did it!

Kehidupannya yang susah dahulu mengajarnya erti bersyukur.Beliau tidak mahu anak cucunya menerima nasib yang sama sepertinya.
Man jadda wajada!

Pada tahun 2009,isterinya yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya.Isteri yang telah bersamanya bermula di saat susah hingga menjadi senang.Kehilangan itu amat dirasai.Sejak itu,dia mula bersikap dingin..Kadang2 sikapnya yang tegas dan terlalu berterus terang menyebabkan ramai orang berasa kurang senang.Ini semua tabiat manusia..perkara biasa apabila sudah meningkat usia emas.

Hal ini juga kerana,sejak kecil kehidupannya yang sering terseksa akibat susah untuk mencari wang.Tetapi percayalah,nawaitu di hati hanya ingin melihat anak cucunya senang.

Genap tarikh 14 Ogos 2014,beliau Haji Yahya Hanafi telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 3.45 petang,hari khamis.Di antara 3 beradik beliau merupakan yang terakhir dijemput Ilahi.

Tenanglah dikau di sana menghadap Allah yang esa.
Dapatlah dikau berjumpa dgn isterimu yang tercinta.

Wallahua'lam..
Al-fatihah.
Turut bersimpati di atas mangsa nahas mh17
Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Monday, 18 August 2014

Suratan Kehidupan...

Apabila kita mula dicelikkan mata untuk melihat dunia fatamorgana..kita disambut dengan azan dan iqamat..

Melangkah ke alam persekolahan..
Bersaing2 sesama sahabat untuk memperoleh ilmu Allah yg luas..
Lulus gagal mnjadi perasa hidup di sekolah

Mula mengorak langkah ke alam universiti ..
Melihat corak kehidupan manusia yang berbagai..
Mempunyai pemikiran yang lebih meluas untuk menentukan pilihan hidup..

Bertukar fasa ke alam pekerjaan..
Mungkin dulu keseorangan tetapi kini sudah berdua ..mungkin bertiga..boleh jadi jugak berempat kan?
Jatuh kemudian bangun semula..
Kadang terlalu pahit untuk ditelan..
Kadang pula terlalu manis untuk dibuang..

Sudah mula kelihatan uban di kepala,kedutan di muka..
Bertukar status menjadi atok dan nenek..
Asam garam kehidupan yang terlalu banyak dilalui..

Tiba suatu saat Allah ingin mengambil kembali milikNya..
Mata tertutup rapat..gelap.
Sudaah tamat masanya hidup di dunia.
Berakhirnya hidup kita selepas selesai disolatkn dan dimasukkan ke dalam rumah yang seterusnya..

Betapa singkatnya hidup manusia yang hanya berada di antara azan dan solat..
Amalan baik dan buruk di duniaa akan menentukan tempat seseorang di akhirat kelak kehidupan yang abadi ..syurga atau neraka..
Inilah yang dinamakan sunnatullah..
Kitaran kehidupan makhluk..
'Yang hidup pasti akan merasai mati'

Suratan takdir kehidupan,,
Aku ghurabaa


Monday, 30 June 2014

Coretan ... malam 3 Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim,
Mendungnya cuaca di malam ini.Dingin.Angin damai yang Allah kurniakan berserta embun..Subhanallah.Siapa sangka, bulan2 sebelom Ramadhan umat Islam di Malaysia diuji hebat oleh sang murabbi.Cuaca yang panas terik membuatkan tekak kering.dahaga berpanjangan.Mulut ibu-ibu di pasar sudah menghebohkan "Bulan puasa ni jenuh kita,panaih sungguh ni.Kesian la kat budak2".

Para pengkaji cuaca sudah meramalkan bahawa cuaca di bulan Ramadhan panas.Dijangkakan hujan tidak turun sepanjang bulan.Ramalan meleset.
Mungkin Allah sengaja memberikan rahmat buat hambaNya.Setelah syaiton iblis diikat,mudahlah manusia melakukan amal kebaikan.yeay!ooppss,maksud saya Alhamdulillah!

Ramadhan kali ni,,apa amal yang telah kamu azamkan?
Sepanjang 3 hari yang dah berlalu apa yang kamu lakukan?
Jangan cakap yang kamu terlupa qiamullail. please...please..huhu :'(

Jagalah qiamullail! Alang2 bersahur qiam arr trus.OK!
Jagalah mulut! Mungkin ada yang terasa,jadi dosa tau!
Jagalah hati! Kuatkan iman kalahkan nafsu.
Jagalah semua anggota!


Tarawih?Tarawih? 
Buat tak?
Kalau buat,Alhamdulillah.Tapi jangan diheboh di fb,twitter,wechat,instagram.Biar Allah yang tahu.
Kalau tak buat?
Ermm..speechless!Asal hang tak buat?
Rugi kau tau?

Quran baca tak?baca tak?baca tak?
Bacalah yeee!
Kalau tak khatam pon x pa,,asal baca.
Don't miss.

Bulan lain x dak yang special macam bulan ni.
So jangan disia-siakan.
Please don't!

Kita ni pendosa..jangan ditambah dosanya di bulan Ramadhan.Masih ada harapan bagi para pendosa.
Bertaubatlah.

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan al-Quran,sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda  (antara yang haq dan batil).Kerana itu barang siapa yang berada di bulan itu,maka berpuasalah.."
(Surah al-Baqarah:185)



Friday, 27 June 2014

Tidak sampai seminit pun.....

Rama berada di rumah Muaz bagi menyiapkan kerja sekolah. Setelah selesai,Rama membuka televisyen.
Kebetulan siaran yang dibuka berkenaan lintas langsung solat di Masjidil Haram.Kelihatan para jemaah berselerakan dan bergerak ke sana sini sementara menunggu solat berjemaah.

*************************

Rama: ramai betol manusia! Aku rasa lebih kurang 2 juta nihh...

Muaz: Ya..macam yang hang tau,,Islam solat dalam barisan.Agak2 hang la berapa lama masa yang depa ambik untuk susun semuanya sebelum mulakan solat???

Rama: Aku rasa dalam 2 3 jam la kott.

Muaz: Tapi masjid itu ada 4 tingkat.

Rama: Kalo macam tu makan masa 5 jam.Aku yakin!

Muaz: Tapi depa ada macam2 bangsa.Bahasa pon lain.

Rama: Mustahilla depa bole tersusun macam tu saja.Ini hal tarak betol!Wanyak pusing ini kepala.adoyy!!!

Kemudian laungan iqamat kedengaran

Kamera memfokuskan kepada imam Masjidilharam
yang mengambil kedudukanya,"istawuu(susunkan diri)"

Maka kelihatan jemaah bangun dan bergerak menyusun diri masing2 di dalam saf dalam keadaan tenang dan tersusun.

Tidak sampai seminit pun jutaan manusia dapat dibariskan.Rama terpaku menonton sehingga selesai solat.

"Muaz,bagaimana aku nak masuk Islam"

***************

Subhanallah,,,indah kan Islam??
Lihatlah dengan iman,you feel the "halawatul iman"(Kemanisan iman). Mengapa tidak perkara yang menakjubkan ini dikongsi dengan seramai mungkin manusia lain.Allahuakbar.


Sunday, 22 June 2014

Bisikan suara..."Yusuff Thaiyob"

6 hari lagi puasa weyh..
Perasaan syiok gilaa!!!Alhamdulillah..

Ramadhan kali ni agak2 jadi malap or jadi meriah??kena la modify sikit Ramadhan kali ni

Depend on setiap individu bagaimana dia merancang aktiviti d bulan mulia ni..
Waktu ni ja la pon Allah nk bagi keistimewaan buat hambaNya..
Ada bnyk kelebihan:
*Solat tarawih lepas isyak
*Buat satu kebaikan dpt pahala brganda ganda daripada bulan biasa tau.
*Syaiton wa iblis kena rantai..yahoo! Tapi jgn lupa still ada syaitan kecil dalam diri
*Pintu syurga dibuka pintu neraka ditutup
*Ada malam lailatulqadr..
*Perut pon boleh rehat..
*Banyak mass lebih..boleh buat tadarus!
Banyakkan kelebihan?..sweetnya Allah kat kita


Lagi satu terlupa..bila dah dekat bulan puasa nii..mesti keluar satu bisikan suara wanita "Yusuff Thaiyyob"
Alaaaa bisikan kurma tuu..
Tak kurang jugak,,malam2 ad jgak hamba Allah dok 'bisik' kat pasar.."Kain Kak..Mari..Mari ..kain murah2..baju raya murah"

Huh..sedihkan??sepatutnya kita berbisik dengan Allah tapi 'berbisik' di pasar.
Bangunla di malam hari walaupon semua manusia enak tidur dibuai mimpi..
Qiamullail..biar bilik kita bercahaya di waktu sepertiga malam
SALAM RAMADHAN

Tuesday, 17 June 2014

Ayah,baba,papa,abah ,walid or daddy?

Assalamualaikum..
(Mungkin agak terlambat krana hari bapa sudah lepas..tapi ingin saya ceritakan juga sebab bagi saya setiap hari,hari bapa)

"Ibu ayah,Alhamdulillah,saya lulus peperiksaan final.Saya dapat menyambung pelajaran ke universiti!"

Ibu tersenyum gembira lalu menitiskan air mata bahagia buat anaknya itu.Ayah hanya diam dengan riak yang selamba.
****************
Tatkala di saat berpisah ,kita perlu meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama atau perantauan.Hanya ibu yang berbicara memberi pesanan..Ayah hanya bersuara bila perlu.

Wajah ibu sudah mendung.namun ayah masih begitu begitu juga.
Selepas bersalaman,ibu masih menangis sambil melambai lambai kearah kita tetapi ayah terus beralih bergerak ke dalam kereta.Riaknya seperti tidak tergores dengan perpisahan ini.

Namun,setelah berminggu minggu rahsia ayah terbocor apabila ibu menceritakan bahawa ayahlah yang paling kerap menjenguk bilik tidur kita.Ayah mula menyebut makanan kegemaran kita dan mula berkira-kira utuk melawat kita.

Itulah ayah,baba,papa,abah..
Mereka kaku untuk menuturkan bahasa kasih..
Mereka bukan berbicara melalui perkataan mahupun lisan tetapi mereka berbicara melalui 'tanggungjawab'
Ketika semua orang sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kita,ayah tetap berdiri teguh memberi sokongan dan dorongan.
Dialah jeneral yang berpesan kepada kita perwiranya: "kamu hanya kalah dalam satu pertempuran anakku,bukannya satu peperangan!"

SELAMAT HARI BAPA..

Thursday, 12 June 2014

"Jika aku dipenjarakan.."


"Jika aku dipenjarakan,aku boleh beruzlah dan beribadah"
"Jika aku dibuang negeri,aku boleh melancong percuma"
"Jika aku dibunuh,maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada"

Tinta emas milik Sheikh Abdul Qadir 'Audah

Susah utk kita temui seorang ulama merangkap mujahid dalam dunia moden..
Beliau ialah pakar rujuk dan hakim dalam perundangan Islam di Mesir.

Wawasan-menegakkan syariat di bumi mesir
Tetapi ditangkap pihak kerajaan.
*dipenjara
*diseksa
*ditohmah
*difitnah
Akhirnya beliau dihukum gantung...

Inilah model seorang bertawakal yang akrab dengan Allah..

Kita..kita??Adakah kita juga bertawakal??
Usah salah tempat bertawakal.