Apabila kita mula dicelikkan mata untuk melihat dunia fatamorgana..kita disambut dengan azan dan iqamat..
Melangkah ke alam persekolahan..
Bersaing2 sesama sahabat untuk memperoleh ilmu Allah yg luas..
Lulus gagal mnjadi perasa hidup di sekolah
Mula mengorak langkah ke alam universiti ..
Melihat corak kehidupan manusia yang berbagai..
Mempunyai pemikiran yang lebih meluas untuk menentukan pilihan hidup..
Bertukar fasa ke alam pekerjaan..
Mungkin dulu keseorangan tetapi kini sudah berdua ..mungkin bertiga..boleh jadi jugak berempat kan?
Jatuh kemudian bangun semula..
Kadang terlalu pahit untuk ditelan..
Kadang pula terlalu manis untuk dibuang..
Sudah mula kelihatan uban di kepala,kedutan di muka..
Bertukar status menjadi atok dan nenek..
Asam garam kehidupan yang terlalu banyak dilalui..
Tiba suatu saat Allah ingin mengambil kembali milikNya..
Mata tertutup rapat..gelap.
Sudaah tamat masanya hidup di dunia.
Berakhirnya hidup kita selepas selesai disolatkn dan dimasukkan ke dalam rumah yang seterusnya..
Betapa singkatnya hidup manusia yang hanya berada di antara azan dan solat..
Amalan baik dan buruk di duniaa akan menentukan tempat seseorang di akhirat kelak kehidupan yang abadi ..syurga atau neraka..
Inilah yang dinamakan sunnatullah..
Kitaran kehidupan makhluk..
'Yang hidup pasti akan merasai mati'
Suratan takdir kehidupan,,
Aku ghurabaa


No comments:
Post a Comment