Sunday, 24 August 2014

Siapa berusaha,dia BERJAYA!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin saya ceritakan satu kisah..ya satu je punn..
Actually it's a real story..Let me tell ya!

Dalam sebuah kampung di Kelantan,terdapat sebuah keluarga yang terdiri drpd sorang ibu dan 3 orang anak lelaki..anak pertama bernama Ibrahim.Yang kedua pula Yahya dan yang ketiga pula Yaakob.hidup mereka daif sekali.

Ibu mereka membahagikan tugas:
ibrahim:kau pergi ke sekolah
yahya:kau pergi cari duit,selagi x dapat duit.jgn pulang ke rumah
yaakob:kau jgn buat ap,duduk bersama ibu di rumah.

Antara mereka bertiga,saya fikir yahya lah paling kesian skali sebab dia dikerah utk mncari duit utk keluarga.dia juga punya keinginan untuk bersekolah.Sebelum ke sekolah,mulalah dia menjual kuih atau nasi lemak.Tetapi nasib tidak begitu bail, yahya terpaksa berhenti sekolah kerana tiada wang.Tidak lama selepas itu ibu mereka meninggal dunia.

Mereka bertiga meningkat dewasa tanpa ibu dan ayah di sisi dan berpindah ke Kedah.Masing2 bekerja mencari wang..Pengalaman Yahya sejak kecil yang telah diajar untuk mencari wang memudahkannya untuk berfikir strategi mencari wang..

Selepas berkahwin,rezeki buat yahya semakin melimpah.Isterinya lah yang banyk mmberi sokongan dan dorongan supaya terus berusaha.Bermula dengan menjual kain pelikat dari rumah ke rumah.Seterusnya membuka kedai runcit.Kemudian beralih pula kepada penubuhan syarikat bernas.Akhir sekali,beliau bekerja sebagai Imam Masjid.Alhamdulillah.At last he did it!

Kehidupannya yang susah dahulu mengajarnya erti bersyukur.Beliau tidak mahu anak cucunya menerima nasib yang sama sepertinya.
Man jadda wajada!

Pada tahun 2009,isterinya yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya.Isteri yang telah bersamanya bermula di saat susah hingga menjadi senang.Kehilangan itu amat dirasai.Sejak itu,dia mula bersikap dingin..Kadang2 sikapnya yang tegas dan terlalu berterus terang menyebabkan ramai orang berasa kurang senang.Ini semua tabiat manusia..perkara biasa apabila sudah meningkat usia emas.

Hal ini juga kerana,sejak kecil kehidupannya yang sering terseksa akibat susah untuk mencari wang.Tetapi percayalah,nawaitu di hati hanya ingin melihat anak cucunya senang.

Genap tarikh 14 Ogos 2014,beliau Haji Yahya Hanafi telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 3.45 petang,hari khamis.Di antara 3 beradik beliau merupakan yang terakhir dijemput Ilahi.

Tenanglah dikau di sana menghadap Allah yang esa.
Dapatlah dikau berjumpa dgn isterimu yang tercinta.

Wallahua'lam..
Al-fatihah.
Turut bersimpati di atas mangsa nahas mh17
Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment