Wednesday, 27 July 2016

STRESS BAQ HANG!!

"Stressss..aku stress baq hang!"
Ayat popular budak2 utara bila hadapi tekanan hidup. Maybe disebabkan belajar, duit, kawan, keluarga atau lain2. 

Assalamualaikum, salam sejahtera. Lamanya x menulis..hehee.. baru habis exam ni, so nak upkan tentang stress.. 

Stress/ tekanan adalah normal.
kadang2 ia boleh jadi sebagai asbab untuk terus maju ke hadapan , kadang2 stress yang melampau boleh menjatuhkan diri sendiri. Stress ni penyakit yang boleh dikawal actually. 

Bagi yang beragama Islam, Allah turunkan al-Quran sebagai penawar dan rahmat. IQRA' !
Bacalah tafsir/maksud dari ayat2 yang diturunkan. Bangun pagi, sebelum mulakan hari tersebut, baca satu ayat. Jadikan ayat tersebut as your "QUOTE OF THE DAY". Its so inspiring. Mungkin ayat tersebut adalah penguat untuk kita hadapi hari tersebut. 

Gelisah/resah/bimbang? ini juga normal. Lumrah manusia. kalau untuk student, of course time exam! kalau untuk si suami, mesti time isterinya berperang in labour room. Allah menggambarkan kegelisahan manusia dalam al-Quran :
'Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa gelisah. Dan apabila mendapat kebaikan dia sangat kedekut' (Al-Ma'arij 70:19-21)

Kebaikan stress yang positif :

-mendekatkan diri dengan Tuhan
-memotivasikan diri mencapai sasaran
-membantu menyiapkan tugas dengan lebih efisien
-menajamkan memori
*dari sudut psikologi, stress yang optimum adalah satu keperluan. Tanpa stress, individu menjadi pasif dan tidak terdorong untuk mencapai sesuatu.


Keburukan stress yang melampau :

-penat dan tidak bertenaga
-prestasi makin merudum
-lesu
-panik
-hilang sabar
-hilang semangat
-hilang fokus
-kemurungan
-hubungan dengan orang sekeliling terjejas

Simptom stress melampau :

-kerap pening, sakit perut(gastrik),sakit belakang+leher+badan,susah tidur.
-melemahkan immune system
-mudah dihadapi penyakit eg. selsema
-ketidakstabilan emosi

Cara tangani stress: 

1. Spiritual..
Allah is the best listener..serious2 x tipu.. bila kita cerita masalah/tekanan kat manusia. kadang2 reaksi yang kita dapat tu kita sndiri x boleh nak expect,,jauh lari dari  apa yang kita sangka. Kita ada kwan baik or family swaktu susah senang tapi sebenarnya role mereka adalah 'supporter'. Kata-kata semangat akan sentiasa meniti di bibir mereka. Tapi hakikatnya kekuatan itu sebenarnya daripada Allah. 

Just want to relate to a situation but maybe its a nomal situation for some people. mungkin ada yang mmenganggap sebagai kebetulan atau suratan.
Tapi bagi aku ia adlah satu keajaiban dan rahmat daripada Allah.so amazing!!

I'm having Professional exam for dentistry and of course, ia bukan suatu yang mudah. Ya lah, kemampuan orang lain-lain. Aku ni boleh dikatakan 'lambat' jugak la. Orang lain study 3x dah boleh faham,ingat semua tapi aku kena study 6x atau 9x. Kawan aku cakap diorang takut tengok aku study,tapi sebenarnya aku ni jenis kena ulang2..ulang2.. sebab x ingat. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab Allah bagi aku kekuatan dan kecukupan masa untuk aku buat semua tu. Alhamdulillah. 

Bila tiba hari exam tengok soalan, trnganga" awat aku x pernah nampak perkataan ni.?" pastu, bila recall balik imagine gambar lecture note dan slide2 yang ada "ok, aku x ingat perkataan ni dok kat dlam slide yang mana. ada ka perkataan dlam tu?" (monolog aku time exam, aku x tau kot2 monolog ni jadi dialog tanpa disedari)..dan akhirnya x ingat..
Then, bermulalah sesi goreng mnggoreng dengan hati yang penuh tawakal.

Keluar dewan and that feeling,you know!. go back and muhasabah lah diri . tengok balik lecture note, and that time airmata keluar x henti.. macam mana jawapan2 yang terlintas tadi boleh betul.. Allahuu.. Allah ja yang tahu.

Siapa yang boleh faham perasaan hang time tu? hang nak p cerita kat pengawas exam ka? memang pelik la kan kalau tetiba cakap 'saya nak luah perasaan ni encik/dr/prof, saya tak tahu nak jawab soalan ni.' hahaaa
Ada hang sembang time exam cakap ngan orang sebelah, mintak tolong? takk. memang waktu tu dlam kepala ad ALLAH ja.. 

see???
Janganlah kita pandang rendah dengan kebesaran Allah. Stress mcm mna pun, sebelum luah pada manusia, luahkan pada Tuhan, He will show you the way. That's the power of you Lord!

2. Sokongan daripada insan lain
Haaaa.. ni dia. Lepas luahkan pada Tuhan, mintak petunjuk. Baru cerita atau luahkan pada orang yang betul2 kita percaya. Mintak pendapat dan motivasi dari mereka. Mungkin mereka melalui situasi yang sama. kadang2 nak luahkan perasaan kat manusia, kena teliti dulu pada siapa kita nak bercerita..Kalau tengah stress pasal belajar, janganlah cerita kat atok atau opah. Diorang pun tak tahu nak react macam mana. Lain lah kalau diorang memg educated people. Tapi sometimes kita tak kesah sangat reaksi diorang, asalkan terluah jgak perasaan kita.. Up to you. Pilih orang betul2 kita selesa untuk bercakap dan percaya.

3. Senaman & rehat
Buatlah senaman2 ringan.. selalu kalau stress, badan akan rasa lenguh.. so rehat sekejap. orang selalu kata 'take 5'. sekejap ja rehat.. buat senaman sikit2, renggangkan otot. Selalu kalau student2 ni rehat dia tu bermaksud bukak movie, or layan satu dua episod drama. Haaa yang ni bukan buatkan stress ja hilang, fokus and semangat study tu pun sekali terus hilang.

4. Elakkan aktiviti negatif
jangan ambik ubat penenang, pil tidur, merokok, makan yang berlebihan dan sebagainya. memang selalu stress, tambah2 orang perempuan, selera dia masyaAllah.. makann..makann..makannn.. sampai stress dia hilang. sebenarnya, hal ini akan memburukkan lagi keadaan. individu tersebut aka lebih sensitif terhadap stress yang akan datang.


Stress baq hang!!!
Kawal lah stress/tekanan anda dengan sebaik mungkin. Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat kalian semua.
Semoga bermanfaat. Maaf andai ada perkataan yang mengguris perasaan hati sesiapa. 
Assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment