Friday, 13 March 2015

iKON ISLAM

Setiap manusia perlukan rujukan
Sebagai inspirasi dan panduan
Agar beroleh ilmu dan kenangan
Pedoman jiwa mengejar impian
 
Setelah apa yang kita lalui
meletakkan Rasulullah di depan sudah mencukupi
untuk jiwa yang dahagakan inspirasi
Makin Baginda dirindui
Makin hebat jiwa ini
Makin yakin untuk menghadap iIahi
SELAWAT......
Ia membersihkan kotoran nurani
Keluarlah dari zon khayalan dan fantasi
Hidup sebagai mukmin yang sejati
 
 
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia kerana kamu menyuruh melakukan segala yang baik dan melarang daripada melakukan yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah" (surah Ali Imran 3:110)
 
Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. Kalau kerja hanya sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja. Bezanya kita adalah manusia . Diutus seorang Rasul untuk diteladani agar hidup dan kerja kita berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Supaya ia dinilai di sisi Allah sebagai ibadah. 
 
 
Setelah kewafatan Rasulullah, tamadun-tamadun Islam mula muncul. Tokoh-tokoh Islam juga muncul dengan membawa ilmu-ilmu yang baru diterokai. Kehidupan makin hari makin indah dek kejayaan dan pencapaian yang menggembirakan. Alhamdulillah kita menjadi orang yang boleh dikira berharta, hidup senang, dan berkerjaya. Sedarkah kita bahawa keselesaan yang kita kecapi hari ini merupakan hasil usaha payah tokoh-tokoh terdahulu.
 
 
USIA EMAS TAMADUN ISLAM
 
GRANADA
ALATAN PEMBEDAHAN
 
Al-Zahrawi; bapa pembedahan moden telah mencipta pelbagai peralatan pembedahan yang sehingga hari ini masih lagi dapat kita lihat. Beliau juga perintis penciptaan tali tangsi untuk jahitan dalaman yang juga digunakan hingga kini
 
HALAB
GPS
 
Merriam al-Astrolabiya wanita Islam yang berjaya mencipta GPS pertama di dunia yang tepat dalam mencari arah, pengiraan waktu dan peredaran matahari dan bintang.
 
CORDOBA
PENERBANGAN
 
Abbas Ibn Firnas melakukan uji kaji penerbangan dengan menggunakan peluncur dan berjaya terbang selama 10 minit sebelum mendarat kecemasan.
 
SICILY
PETA DUNIA
 
Sebelum Christopher Columus melakukan pelayaran, al-Idrisi lebih awal telah berjaya melakar peta dunia dengan menandakan kedudukan Eropah, Asia dan Afrika Utara.
 
KAHERAH
KAMERA
 
Penemuan Ibn Haytham dalam uji kajinya di bilik gelap akhirnya tercipta kamera obscura(bermaksud bilik gelap) pertama di dunia. Pekataan kamera berasal dari perkataan Arab (qamara) yang bererti bilik.
 
KUFAH
PENYULINGAN
 
Jabir bin Hayyan telh melakukan proses penyulingan dengan sempurna sehingga terciptanya plastic, gasoline dan minyak Wangi.
 
FEZ
UNIVERSITI TERTUA DUNIA
 
Fatima al-Fihri telah membiayai penubuhan masjid al-Qarawiyyin ,1150 tahun yang lalu. Kini menjadi universiti tertua dan masih lagi aktif. 
 
 
 
Subhanallah mari kita renungkan sebentar kejayaan ini. Allah telah mengurniakan akal yang waras serta badan yang sihat buat manusia agar kita dapat berusaha untuk mencapai kejayaan serta meraih redhaNya.
 
p/s : Sebenarnya, ramai tokoh Islam yang telah berjaya mencapai kejayaan-kejayaan lain seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan lain-lain, tapi hanya ini yang mampu saya tuliskan.
Sumber Geng-Q dan Solusi.
 
 


No comments:

Post a Comment