Pernahkah kau rasai ketenangan??
Apa kau tahu apa itu nikmat??
Pernahkah kau rasai keperitan??
Apa kau tahu apa itu derita??
Ramai orang fikir,, kaya harta dapat membuatkn jiwa mnjadi tenang.
Ramai orang fikir ,,miskin harta buat diri menjadi derita.
Tapi kita tidak tahu kdg2 orang yg tidur di dalam pondok buruk,tidurnya lebih lena dari orang yang tidur dlm rumah banglo.
Tapi kita tidak tahu,,orang miskin yang makan nasi dengan air garam,perutnya lebih kenyang dari orang kaya yang makan chicken chop kat restoran 5 bintang.
Kata hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.
Setiap hari kita punya rezeki kita sendiri yg telah Allah aturkan.
Manusia menjadi tamak! Inginkan sesuatu yg lebih..Disebabkn sikap segelintir manusia yang kurang bersyukur.Yang kaya terus menjadi kaya,yang miskin akan menjadi semakin miskin.Ingatlah,,dalam rezeki yang kita peroleh ada bahagian untuk orang lain.
Hadis Rasulullah melalui riwayat imam Muslim
Allah telah mengambil seorang hamba yang hidupnya sangat terseksa.Penderitaan yg dihadapinya sangat hebat. Lalu dimasukkan ia ke dalam syurga dalam sekelip mata.Apabila dikeluarkn,,,Allah brtanya 'apakah peristiwa yang pernah membuatkanmu derita?' Hamba itu menjawab: 'Aku x pernah merasai apa2 derita seumur hidupku'.
Subhanallah,lihatlah nikmat syurga buatkan kita lupa cerita derita.
Allah telah mengambil seorang hamba yang kaya raya.Hidupnya dilimpahi dengan nikmat yang begitu banyak. Lalu dicelupkan ia ke dalam neraka dalam sekelip mata. Dan Allah bertanya,'apakah nikmat yang pernah engkau rasakan?' Hamba itu menjawab: 'Aku tidak pernah merasai kenikmatan hidup'
Lihatlah,hanya dngan sekelip mata kita boleh lupa kisah nikmat dalam hidup.
Kita sering ingin bersyukur apabila memperoleh sesuatu yg baru. Tapi kita lupa utk bersyukur atas nikmat yang sedia ada.
Manusia terlalu taksub dengan kehidupan dunia,sehingga lupa bahawa kita punya satu lagi kehidupan,kehidupan akhirat.
Sambil kita mengejar dunia,jangan lupa utk mrngejar akhirat.
Tanpa Allah,,hidup mcm kosong,,kosong,,kosong!!!
Hidup di dunia yang penuh tipu daya.
Buatkan diri rasa kecewa.
Rasa derita yang bisa menyesakkan dada.
Jangan risau,,,
Ia hanya sementara,tidak kekal selamanya.
Oleh itu katakanlah pada diri..
LA TAHZAN INNALLAHAMAANA :)


No comments:
Post a Comment